Polis musnahkan bom lama

4 Jan 2020 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JEMPOL - Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan memusnahkan sebutir bom lama jenis mortar 81MM yang ditemui di ladang kelapa sawit Felda Serting Hilir 2 di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, bom tersebut ditemui oleh seorang peneroka Felda ketika melakukan kerja pembersihan ladangnya lebih kurang jam 12.30 tengah hari semalam.

"Bom sepanjang 37 sentimeter itu telah dimusnahkan pada jam 4.27 petang dalam keadaan selamat," katanya.

Semalam, sebuah laman Facebook memuat naik suapan berita mengenai seorang lelaki menjumpai bom lama di kebunnya sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved