Redmi Note 7S Dilancarkan Di India – Hadir Dengan Kamera 48-Megapixel

20 May 2019 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi sedia memperkenalkan telefon pintar Redmi Note 7 sebelum ini. Hari ini, mereka turut memperkenalkan sebuah kemaskini kecil untuk siri peranti berkenaan melalui Redmi Note 7S. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah penyertaan kamera 48-megapixel bersama-sama dengannya untuk rakaman gambar yang lebih canik dan menawan.

Redmi Note 7S membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti model Redmi Note 7 sebelum ini. Ia menggunakan skrin 6.3-inci HD+, dijana cip Snapdragon 660, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

image is not available

Redmi Note 7S hadir dengan kamera 48-megapixel dibelakang dengan gabungan kamera 5-megapixel. Melalui beberapa perbandingan, Xiaomi memperlihatkan rakaman gambar menggunakan Redmi NOte 7 lebih cantik dan jitu berbanding pelbagai pengeluar yang menggunakan kamera 48-megapixel dipasaran

Untuk rakaman swafoto pula, Redmi Note 7S dilengkapi kamera 13-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model Redmi Note 7S ini akan dipasarkan di Malaysia atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved