Huawei Dilaporkan Bekerjasama Dengan Syarikat Eropah Untuk Rekabentuk Cip Peranti Mudah-Alih Dan Automotif

TechnologyDigital
29 Apr 2020 • 2:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei sebelum ini telah dikenakan halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membawa kepada sejumlah kekangan dalam pembangunan teknologi. Kini, mereka telah mula melihat kepada beberapa alternatif, termasuk Huawei kini dilaporkan akan bekerjasama dengan pihak STMicroelectronics untuk rekabentuk cip.

Rekabentuk cip ini akan digunakan untuk peranti mudah-alih, dan juga untuk cip berkaitan automotif.

Untuk makluman, STMicroelektronoics telah sedia bekerjasama dengan pihak Tesla dan BMW dalam penawaran semikonduktor. Dengan kerjasama bersama Huawei, ia sekaligus memperlihatkan Huawei akan lebih memfokuskan arena peranti berhubung, termasuk berkaitan automotif.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan laporan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved