Sistem swapandu telah diperkenalkan pada kereta dan juga lori. Dengan penggunaan teknologi ini, pengurangan jumlah kemalangan dan kesesakan lalulintas diharap dapat dilakukan. Sistem swapandu kini turut diuji pada kerusi roda elektrik bagi memudahkan penumpang OKU di Lapangan Terbang Narita.

Menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, pelbagai inisiatif automasi diperkenalkan bagi menunjukkan kemajuan teknologi negara matahari terbit ini kepada pengunjung. Pada Mac lalu, kereta elektrik mini swapandu telah diuji di Tokyo untuk kegunaan pelancong.

