Signify Trulifi Menawarkan WiFi Sepantas 150 Mbps Menerusi Lampu LED

21 Jun 2019 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi LiFi membolehkan rangkaian Internet menggunakan cahaya digunakan. Ia diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai Visible Light Communication sebelum dipendekkan menjadi Light Fidelity (LiFi). Penggunaannya masih lagi rendah tetapi Signify telah mengumumkan sistem Trulifi mereka yang menawarkan sistem LiFi dengan kelajuan mencecah 150 Mbps.

image is not available
Kelebihan sistem Trulifi ialah sebuah bilik boleh dilengkapi sistem Internet dengan hanya menggunakan lampu LED Philips keluaran Signify yang berfungsi sebagai penghantar-terima (tranceiver). Pengguna hanya perlu menyambung mentol pintar ini tanpa perlu melakukan pendawaian tambahan seperti sistem sedia ada.

Walau bagaimanapun untuk menikmati rangkaian Internet Trulifi, komputer riba atau telefon pintar perlu menggunakan dongle USB. Kerana ia menghantar isyarat Internet menggunakan cahaya, halangan objek legak boleh menyebabkan sambungan terputus. Ini menjadikan LiFi sebagai sistem alternatif di kawasan yang mempunyai masalah gangguan radio yang tinggi yang menyebabkan WiFi tidak boleh digunakan.

Baca artikel – Mari Mengenali Teknologi LiFi – Pemindahan Data 100 Kali Lebih Pantas Berbanding WiFi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved