6 warga China culik, rogol pelancong wanita diberkas

15 Dec 2019 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MANILA - Enam lelaki warga China yang mendalangi kes culik dan rogol enam pelancong wanita di Filipina akhirnya diberkas polis kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan semasa sedang bersembunyi di sebuah rumah di bandar Bacoor, wilayah Cavite.

Polis berkata, beberapa bahan bukti seperti pita pelekat, pistol taser dan telefon bimbit turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Kata polis lagi, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa.

"Mangsa diculik berhampiran sebuah restoran di bandar Pasay minggu lalu. Insiden itu turut dirakam kamera CCTV.

"Suspek meminta wang tebusan sebanyak 700,00 Peso (RM57,179) jika mahu mangsa dilepaskan.

"Namun, penjenayah terbabit tidak menunaikan janji mereka selepas menerima wang terbabit," katanya. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved