PPSMI: Lebih baik selesai isu UEC, tulisan jawi

2 Feb 2020 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk memberi tumpuan terhadap desakan DAP yang mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada memfokuskan kepada pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary berkata, isu UEC jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan merobek keharmonian kaum.

Menurutnya, ia ditambah pula dengan keputusan untuk memperkenalkan tulisan jawi tiga muka surat masih dibantah keras oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga ke hari ini.

"Saya berpendapat dasar PPSMI tidak perlu dibangkitkan sekarang sebaliknya fokus kepada desakan DAP yang mengugut untuk meninggalkan kerajaan sekiranya tidak mengiktiraf UEC.

"Sejak PH (Pakatan Harapan) mengambil alih kerajaan, banyak isu berbangkit dalam sektor pendidikan gagal diselesaikan sehingga kemuncak peletakan jawatan menteri awal tahun ini," katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, lebih mengeruhkan keadaan apabila cadangan Dr Mahathir selaku pemangku Menteri Pendidikan yang telah ditolak oleh komponen PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Amanah tolak PPSMI kecuali ada hujah kukuh: Khalid

PPSMI: DAP akan dapatkan penjelasan menyeluruh

UMNO, Pas bantah pelaksanaan semula PPSMI

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sekiranya Dr Mahathir ingin mengembalikan semula dasar PPSMI, maka perlu disokong dengan dapatan kajian baharu bagi mengelakkan 'flip flop policy' yang akhirnya membantutkan perkembangan hala tuju pendidikan negara.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved