Perhilitan Pahang selamatkan tapir terkena jerat

31 Mar 2020 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LIPIS - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor tapir betina yang terkena jerat di Kuala Lipis, Pahang pada 2 Mac lalu.

Perhilitan dalam satu kenyataan melalui Twitter rasminya memaklumkan, tapir yang diberi nama Cik Li itu ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC).

Menurutnya, ketika diselamatkan, kaki kiri belakang Cik Li bengkak kerana terdapat kabel dawai sepanjang 7 sentimeter (cm) dan berdiameter 0.4 cm tertanam pada pergelangan kakinya.

"Selain itu, terdapat satu kesan luka lama di atas belakang Cik Li dipercayai akibat terkena objek tajam.

"Daripada x-ray yang dilakukan, didapati tulang vertebrae (spinous process) telah patah," katanya dalam kenyataan itu.

Perhilitan berkata, kesan jerat itu mengakibatkan Cik Li terpaksa menjalani tiga kali pembedahan bagi membuang daging tumbuh pada pergelangan kakinya.

Difahamkan setiap pagi, kurungan Cik Li akan dibersihkan sebelum pegawai veterinar menjalankan rawatan dan ia dilakukan semenjak Cik Li dibawa ke NWRC.

Dalam pada itu, netizen mendoakan keadaan Cik Li bertambah pulih.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved