Syed Saddiq cukup, henti ambil kenyataan bekas suami, kata Cleopatra_x3

24 Oct 2019 • 11:56 AM MYT
Malay Mail
Malay Mail

Latest Malaysia breaking stories on politics, analysis and opinions

image is not available

Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin meminta media berhenti mengambil kenyataan bekas suaminya. — Foto ihsan Instagram/cleopatra_x3

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Pengarah Cleo International menggesa kemelut yang melanda dirinya dihentikan bagi mengelak kenyataan tidak tepat.

Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin berkata kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini sudah cukup memberi pencerahan.

“[Saya] menggesa media, tolong berhenti mengambil kenyataan daripada sesiapa yang mendakwa mengenali saya termasuk bekas [suami] saya. Elakkan maklumat salah.

“Syed Saddiq sudah membersihkan nama saya dan saya fikir ia lebih dari cukup,” tulisnya di Instagram hari ini.

Bekas suami Fathiah, Datuk Nasir Yaacob semalam menafikan wanita itu adalah transgender malah ibu kepada dua anaknya yang lahir di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Syed Saddiq sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Fathiah berikutan foto satu mesyuarat di Putrajaya tular di media sosial.

Ahli parlimen Muar bagaimanapun mendakwa Fathiah hadir sebagai delegasi daripada penjana sukan elektronik tempatan Orange E-sports.