Pakai baju besi 'Hull 10km' kumpul dana amal

21 Apr 2020 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HULL - Seorang lelaki lengkap berpakaian baju besi berlari sejauh 10 kilometer (km) untuk mengumpul dana bagi badan amal kanak-kanak di Acland Street, Hull.

Menerusi BBC, acara 'Hull 10km' terpaksa ditunda kerana wabak koronavirus (Covid-19), namun Mike Manders,34, tetap mahu meneruskan usaha murninya itu.

Dia berhasrat untuk meneruskan larian amal itu di rumah menggunakan 'treadmill' iaitu mesin alat senaman berjalan kaki.

Bapa kepada enam anak itu berjaya menamatkan cabaran dalam masa 1 jam 38 minit.

image is not available

Dia mahu mengumpulkan dana sebanyak 拢1,000 (AS$1,244) untuk disumbangkan kepada Action for Children bagi menyokong anak-anak dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik.

Manders memilih memakai baju besi tersebut ibarat seperti melindungi orang ramai.

"Saya membaca kisah di sebalik Action For Children dan kehidupan mereka cukup menyentuh hati.

"Jadi saya perlu sumbang wang untuk mereka terus berjuang terutama semasa wabak Covid-19." katanya.