Ahli Parlimen Batu dakwa ditahan polis ketika buat tinjauan

20 Apr 2020 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mendakwa ditahan pihak polis ketika melakukan tinjauan di Taman Sri Murni di sini hari ini.

Kenderaan yang dinaiki beliau dilihat diiringi kereta peronda polis (MPV) untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 4.45 petang.

Prabakaran sempat menurunkan tingkap kereta dan memaklumkan kepada pengamal media yang turut berada di lokasi mengenai penahanannya.

"Saya ditahan pihak polis dan diarah pergi ke IPD Sentul.

"Pihak polis hanya arah saya pergi ke sana (IPD Sentul). Saya tidak diberitahu mengapa saya ditahan," katanya.

Sebelum itu, beliau sempat mengadakan sidang media di lokasi mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved