Peranti Untuk Permua Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 April

TechnologyDigital
20 Apr 2020 • 8:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti untuk permua akan memastikan permua dengan keperluan grafik yang tinggi masih boleh dijalankan dengan lancar. Black Shark dan 3 Pro telahpun dilancarkan di China pada Mac lalu dan ia unik kerana mempunyai dua butang bahu picu yang boleh pop keluar. Pasti ramai pembaca Amanz yang mendambakan peranti ini sejak Mac. Berita baik kami hari ini ialah ia akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 30 April hadapan menurut laman Facebook rasmi Black Shark Malaysia..

image is not available

Black Shark 3 hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 90hz (touch sampling mencapai 270Hz), dijana cip Snapdragon 865, serta penyejukkan berasaskan cecair. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menggunakan port berasaskan magnetik pada bahagian belakang peranti.

Black Shark 3 Pro pula hadir dengan skrin 7.1-inci QHD+ OLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Kedua-dua model menggunakan memori LPDDR5 dan juga storan UFS 3.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

 

Untuk rakaman gambar, kedua-duanya menyertakan tri-kamera belakang gabungan 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 5MP (depth). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 20-megapixel di hadapan.