Ahmad Maslan tidak pernah terima wang 1MDB

7 Oct 2019 • 3:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak pernah menerima wang daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau juga mengakui sudah menandatangani dokumen bahawa beliau tidak pernah menerima wang seperti dinyatakan.

“Saya disiasat oleh dua pihak berhubung dakwaan bahawa saya menerima wang yang dikatakan berkaitan 1MDB.

“Pertama kali siasatan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kedua oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya beritahu mereka bahawa saya tidak pernah menerima cek dengan jumlah yang ditunjukkan salinan cek kepada saya oleh pihak PDRM dan SPRM,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan seterusnya.

Sinar Harian hari ini melaporkan, SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu, parti politik, syarikat dan badan organisasi yang dipercayai menerima dana 1MDB.

ARTIKEL BERAKAITAN: 1MDB: SPRM keluar notis kompaun kepada 80 individu, entiti

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah keseluruhan dana tersebut adalah RM420 juta dengan purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved