Covid-19: Kelantan lima hari kekal sifar kes baharu

21 Apr 2020 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersyukur dengan perkembangan positif koronavirus (Covid-19) di negeri ini, dengan kekal sifar kes baharu lima hari berturut-turut sehingga hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peratusan kesembuhan di negeri ini turut mencatatkan kadar tertinggi dalam negara iaitu 5.2 peratus.

"Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih buat pasukan barisan hadapan. Terima kasih kepada rakyat Kelantan kerana terus patuh arahan (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Teruskan berdoa, moga ALLAH SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua. Insya-ALLAH," katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

image is not available

Dalam masa sama, Ahmad secara berterusan menasihatkan semua pihak mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun serta menjaga jarak sosial.

Beliau turut berharap rakyat terus patuh arahan PKP dengan duduk di rumah untuk sama-sama putuskan rantaian penularan Covid-19.

Berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, kes terkumpul di negeri ini adalah sebanyak 155 dan masih kekal dengan tiga kematian.

Sebanyak 145 kes sudah dilaporkan sembuh dan hanya tinggal tujuh pesakit masih dirawat.

Sebanyak 90 pesakit direkodkan di Kota Bharu, Pasir Puteh (lapan kes), Bachok (11 kes), Gua Musang (dua kes), Tanah Merah (tujuh kes), Pasir Mas (11 kes), Kuala Krai (11 kes), Jeli (dua kes) dan Tumpat (13 kes), manakala tidak kes direkodkan di Machang.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved