Celcom Menaikkan Taraf Pelan Pascabayar First Gold Dengan Menambahkan Kuota Data Hari Minggu Sebanyak 10GB

TechnologyDigital
21 Mar 2020 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini Celcom telah menghantar sebuah SMS kepada pelanggan-pelanggan pelan pascabayar First Gold mereka untuk memberitahu mereka bahawa pelanggan-pelanggan pelan tersebut akan menerima tambahan kuota data hari minggu tidak lama lagi.

Menurut SMS yang baru dihantar kepada saya, seorang pengguna Celcom First Gold, Celcom menyatakan bahawa para pengguna pelan pascabayar tersebut akan menerima kuota data tambahan hujung minggu sebanyak 10GB, menjadikan kuota data hari minggu pengguna pelan ini sebanyak 20GB.

image is not available

Menurut mereka lagi, tambahan data ini akan berkuatkuasa dalam masa tiga hari bermula hari ini. Pengguna masih boleh menambah RM8 kepada pelan mereka untuk menggunakan kuota hujung minggu ini pada hari minggu, menjadikan kuota data mereka sebanyak 30GB sebulan.

Buat masa ini, kami masih sedang menunggu kepastian jika pengguna pelan Platinum juga menerima kuota hujung minggu tambahan. Kami akan mengemaskini artikel ini dengan maklumat baru apabila kami menerimanya.