Proses nyahcemar mula dilakukan di premis awam

26 Mar 2020 • 2:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Proses pembersihan dan pencucian nyahcemar untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) akan dilakukan di premis awam terutama di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan merah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

"Proses berkenaan akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan kemungkinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya diperlukan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved