Putrajaya Base Jump 2020

1 Feb 2020 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Penerjun BASE Jump tidak ketinggalan mengadakan terjunan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, sambutan Jubli Perak 25 Tahun Putrajaya dan Tahun Melawat Malaysia (VM2020) dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Presint 4 hari ini.

Seramai 32 penerjun dari 9 buah negara termasuk Malaysia menyertai Putrajaya BASE Jump (PBJ2020) yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini.- Foto Bernama