Empat buah kenderaan kemalangan di Lebuhraya Karak

21 Jun 2019 • 9:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BENTONG - Empat buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM42.2 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi arah Timur di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres, lori treler, lori tunda dan lori 6 tan namun tidak membabitkan sebarang nyawa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata,13 lelaki, sembilan wanita dan dua kanak-kanak selamat dalam kemalangan tersebut.

image is not available
8

Menurutnya, seorang pegawai kanan dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dibantu BBP Karak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan.

"Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved