Kanak-kanak dibuli hingga tersungkur

18 May 2020 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PANGKEP - Penjual kuih berusia 12 tahun yang berhasrat membantu keluarga menerima nasib malang apabila sentiasa dibuli dan dipukul oleh sekumpulan pemuda di daerah Pangkep, Sulawesi, Indonesia.

Perhubungan Awam Polis Pangkep, Aiptu Agus Salim mengesahkan kejadian tersebut, hari ini, lapor Kompas.

Menurutnya, kes buli dialami kanak-kanak itu sangat keterlaluan.

"Mangsa dipukul hingga tersungkur, diganggu sekumpulan pemuda semasa menjual kuih di tepi jalan.

"Mungkin kerana badannya berisi, jadi dia menjadi sasaran pembuli. Bagaimanapun, kini dia selamat dan di bawah jagaan polis," katanya.

Agus mendedahkan, mangsa yang berasal dari keluarga miskin itu membantu ibu bapanya setiap hari mencari nafkah dengan menjual kuih menaiki basikal di serata tempat.

"Mangsa akan menjaja kuih yang dibuat ibunya. Walaupun sering dibuli, dia tetap sabar dan tidak membalasnya," katanya.

Agus menjelaskan, lelaki berusia 26 telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Termasuk juga dengan tujuh orang rakan suspek yang ditahan sebagai saksi," katanya.

Sebelum ini, video rakaman memaparkan kanak-kanak itu dibuli tersebar di laman sosial hingga mendapat kecaman netizen.




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved