Pasti Wilayah Persekutuan ditutup sementara

6 Jan 2020 • 4:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Beberapa Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wilayah Persekutuan terpaksa ditutup sementara semalam berikutan beberapa guru terlibat dalam insiden keracunan makanan ketika menyertai Kursus Pemantapan Pengajaran dan Sahsiah Guru di Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Pengarah Jabatan Pasti Wilayah Persekutuan, Ahmad Ghazali Naamat berkata, pihaknya memohon maaf kepada ibu bapa yang terlibat atas penutupan sementara pusat berkenaan.

“Seramai empat orang guru dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan, manakala peserta yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Berikutan itu, beberapa buah Pasti di Wilayah Persekutuan terpaksa ditutup sementara waktu pada hari ini (semalam) sehingga guru-guru yang terlibat kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pembukaan semula Pasti akan dihebahkan kepada ibu bapa melalui pengurus Pasti berkenaan.

“Pasti Wilayah Persekutuan juga berharap kejadian ini tidak mematahkan semangat guru untuk terus mendidik anak-anak Pasti dengan penuh komited dan istiqamah,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seramai 137 guru Pasti yang sedang mengikuti kursus di sebuah pusat latihan di Cheras mengalami keracunan makanan termasuk empat daripadanya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 137 guru Pasti keracunan makanan ketika kursus

Ayam masak lemak disyaki punca keracunan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved