Skrin Samsung Galaxy S20 Ultra Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

TechnologyDigital
18 Feb 2020 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti Samsung sangat terkenal dengan kualiti skrin yang sangat hebat. Panel AMOLED yang dihasilkan mempunyai warna yang menawan dan tajam, butiran yang jelas, terang dan sedap sahaja hati apabila memandangnya. Contoh adalah Samsung Galaxy Note 10+ yang ditabalkan mempunyai skrin telefon pintar terbaik oleh DisplayMate. Kemudian, OnePlus 7 Pro pula muncul dan ia juga mempunyai skrin terbaik dan turut ditabalkan oleh DisplayMate. Begitu juga Google Pixel 4 XL, yang mana semua peranti ini menggunakan panel OLED dari Samsung.

image is not available

Minggu lepas Samsung telah melancarkan siri Galaxy S20. Ia menggunakan skrin bersaiz 6.9″ dengan resolusi WQHD+ dari panel Infinity-O, Dynamic AMOLED 2X, diiktiraf dengan HDR10+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Sekali lagi, Samsung dengan kehebatan mereka telah hadir dengan sebuah peranti yang hebat dengan skrin yang sungguh menawan. Skrin Galaxy S20 Ultra kini ditabalkan oleh DisplayMate mempunyai skrin terbaik dalam telefon pintar. Skor yang diberikan oleh DisplayMate adalah A+ kerana ia mempunyai Wide Color Gamut yang baik, kandungan DCI-P3 yang jitu, dan warna sRGB yang tepat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved