SHAH ALAM - Muafakat Nasional akan terus memastikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan situasi politik semasa negara.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, itu antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur ...

