Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

5 Jun 2019 • 6:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik perlahan dari Sg Buloh ke Jalan Duta, Slim River ke Tapah dan Rawang ke Sg Buaya berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng serta dari Seremban ke Hentian Sebelah Senawang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah berikutan hujan.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar.” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved