Lenovo Memperlihatkan Komputer Riba 5G Pertama Dunia Dengan Cip Snapdragon 8cx

27 May 2019 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda tidak boleh lari dari 5G kerana berita mengenai sambungan selular generasi terkini ini kerap ke udara. Ramai mengatakan 5G adalah kunci kepada teknologi peranti berhubung, kenderaan swapandu dan pengilangan. Di Computex, Lenovo telah memperlihatkan Project Limitless yang merupakan komputer riba pertama yang menyokong rangkaian 5G.

image is not available
Komputer riba dengan rekaan Yoga ini turut yang pertama menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8cx yang dilancarkan penghujung 2018. Ia jatuh ke dalam kategori Always On PC yang menjanjikan hayat penggunaan bateri yang  lebih panjang jika dibandingkan dengan komputer riba yang menggunakan cip Intel dan AMD. Project Limitless masih lagi sebuah prototaip dengan sasaran akan ke pasaran pada awal 2020.

View Original Article