Elaun kritikal bomba, KPKT tunggu kata putus PM: Zuraida

22 Jun 2019 • 9:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JASIN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menunggu kata putus daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seperti diberikan kepada anggota tentera dan polis.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membawa semula permintaan itu kepada Perdana Menteri.

"Saya yakin ia dapat dilaksanakan namun memerlukan sedikit masa. Saya berharap anggota bomba seluruh negara dapat bersabar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Perdana Aidilfitri anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari.

Majlis itu turut dihadiri anggota Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka Ginie Lim Siew Lin dan Pengarah JBPM Negeri Mohammad Zin Salleh.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata pemberian elaun kritikal itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved