Lelaki berbakti di hospital selepas kurus

20 Apr 2020 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ENGLAND - Seorang lelaki yang pernah memiliki berat badan mencecah hingga 324 kilogram kini menabur bakti di sebuah hospital setelah 15 tahun tidak bekerja.

Menurut Daily Mail, Paul Stevenson, 38, memilih hospital Royal Derby kerana hospital itu telah membantunya keluar dari fasa masalah berat badannya itu.

Sebelum menerima rawatan di hospital, Stevenson hanya berada di dalam rumah gara-gara berat badannya yang berlaku berikutan tabiat pemakanannya berubah akibat berasa sedih dengan kematian ibunya.

Kini, pembantu hospital tersebut berjaya berjalan lebih 35,000 langkah selepas bekerja di hospital tersebut.

"Ini adalah pekerjaan pertama selepas lebih kurang 15 tahun. Saya fikir mustahil boleh bekerja kerana sakit bila nak jalan. Tapi semua ini berubah selepas saya menerima rawatan bagi mengurangkan berat badan. Saya amalkan diet yang seimbang.

"Kini berat badan saya 114 kilogram. Saya juga melakukan pembedahan di Belanda untuk membuang lebihan kulit." katanya.




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved