100,000 topeng muka sumbangan China sudah tiba

20 Mar 2020 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA- Sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba di negara ini, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya lewat malam tadi.

"Sumbangan dibuat melalui Kementerian Luar Negeri (KLN). Semua urusan di lapangan terbang diuruskan oleh KLN," katanya.

Beliau berkata, syarikat farmaseutikal terbesar, Pharmaniaga bersetuju untuk menguruskan logistik dan menyimpan topeng muka itu di gudang mereka.

"Agihan bekalan akan dibuat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Penghantaran akan dibuat oleh Pharmaniaga dan perkhidmatan syarikat itu adalah di bawah tanggungjawab korporat sosial. Alhamdulilah," katanya.

Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur turut menyumbang peralatan perubatan dan menghantarnya ke Hospital Sungai Buloh.

Isnin lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerima kunjungan Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan membincangkan usaha menangani wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: China hantar bantuan kepada Malaysia

Bai Tian menyatakan persetujuan untuk membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan lain-lain peralatan penting.


View Original Article