Harga Apple Watch Series 3 & 5 Versi Selular Di Malaysia Mencecah RM4,849

TechnologyDigital
18 Oct 2019 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch Series 5 adalah jam tanganm pintar terbaru Apple tahun ini. Ia menggantikan Apple Watch Series 4 dan hadir dengan saiz 40mm dan juga 44mm. Selain iut, ia kini menyokong skrin sentiasa aktif – “Always On Retina”. Walaupun ia sentiasa aktif, Apple mengatakan ia masih boleh bertahan selama 18 jam. Disamping itu, Apple Watch Series 5 hadir dengan rekaan berasaskan binaan titanium dan juga seramik.

image is not available

Harga permulaan sudah kita tahu sejak hari ia dilancarkan, iaitu RM1749. Terkini, Apple telah memperlihatkan harga rasmi bagi versi selular untuk Apple Watch Series 5 dan juga Series 3. Apple Watch Series 5 versi selular bermula dengan RM2199, manakala Series 3 bermula dengan RM1299. Harga versi selular Series 5 pula boleh mencapai sehingga RM4,849 sepasang mengikut variasi saiz dan rekaan yang dipilih.