Koronavirus: USM arah pelajar pulang dari China jalani pemeriksaan

Environment
31 Jan 2020 • 8:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GEORGE TOWN- Universiti Sains Malaysia (USM) meminta pelajarnya yang kembali daripada cuti semester atau baru pulang dari China untuk menjalani saringan kesihatan setempat sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.

USM dalam kenyataan hari ini turut menasihati seluruh warganya supaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang perlu dan membuat pemeriksaan jika mempunyai simptom-simptom termasuk demam selesema.

"Pihak universiti sentiasa peka dengan perkembangan semasa berhubung isu penularan koronavirus di negara ini dan telah menggariskan prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularannya khususnya di kampus-kampus USM.

“Ia termasuk menasihatkan staf dan pelajar yang akan ke China agar membuat penangguhan perjalanan selain bersedia menjalankan saringan rapi terhadap warga USM yang baru kembali dari China sama ada yang kembali daripada cuti semester atau pelajar yang baharu tiba di Malaysia," katanya.

Pada masa yang sama USM turut mengambil langkah proaktif dengan mengedarkan maklumat tentang langkah-langkah pencegahan yang menepati saranan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).-Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved