Tiga bersaudara hilang dikhuatiri lemas

29 May 2019 • 11:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SIBU - Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri dua keluarga di sini suram apabila tiga kanak-kanak bersaudara hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi-manda di Sungai Nanga Tutus dekat sini hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kanak-kanak lelaki Trance Gong, 14 dan adik perempuannya Trisha Janggok, 12 serta sepupu mereka Nurul Sahiera Salam, 14 dari Rumah Augustine Meringgai Anak Jana telah pergi ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara mereka.

“Menurut bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mereka terjun ke dalam sungai untuk mandi manda sebelum naik semula ke jeti. Selepas terjun untuk kali kedua, ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi,” katanya.

Panggilan mengenai kejadian itu telah diterima pada jam 4.10 petang dan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Bagaimanapun, operasi tidak dapat dijalankan kerana pasukan itu tiba di lokasi pada 6.20 petang di mana cuaca sudah gelap dan aliran air sungai pun deras.

Beliau berkata, operasi SAR akan diadakan pada esok pagi. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved