Lagi gajah mati ditemui di Lahad Datu

9 Dec 2019 • 11:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LAHAD DATU - Satu lagi bangkai gajah ditemui di Bakapit dekat sini hari ini.

Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, bangkai haiwan itu ditemui pada jam 6.30 pagi tadi oleh pekerja ladang.

"Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Maklumat penuh akan dikongsikan selepas laporan post mortem dikeluarkan," katanya.

Dalam tempoh empat bulan ini, beberapa ekor gajah ditemui mati di Kalabakan, Sungai Kinabatangan, Beluran dan terkini di Bakapit. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved