Empat tahun yang lalu Amazon memperlihatkan teknologi pasar raya tanpa kaunter pembayaran Amazon Go. Menerusinya pelanggan boleh mengambil pelbagai produk yang dijual dan keluar dari pasar raya tanpa melalui kaunter pembayaran. Teknologi kamera dan kecerdasan buatan akan mengesan produk yang diambil dan mengecasnya terus ke kad kredit pelanggan.

Pengenalan teknologi Just Walk Out pada kedai fizikal adalah strategi yang menarik bagi Amazon kerana kewujudan mereka pada awal 90an ialah untuk menggalakkan pembelian atas talian yang membunuh kedai fizikal.
