Agong berangkat ke majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah St Thomas

29 Jun 2019 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah St Thomas Tahun 1969 di Istana Negara, di sini.

Majlis hi-tea itu dihadiri oleh kira-kira 70 tetamu termasuk bekas rakan sekelas Sultan Abdullah dan isteri masing-masing serta bekas guru kelas baginda.

Dalam titah ucapan alu-aluan, Sultan Abdullah bertitah walaupun baginda kini adalah Yang di-Pertuan Agong, baginda masih mengingati rakan-rakannya dan sentiasa terkenang detik-detik indah bersama mereka ketika menuntut di sekolah rendah dan menengah St Thomas.

"Anda mungkin melihat saya di kaca televisyen atau di mana-mana tempat lain sebagai Yang di-Pertuan Agong, tetapi saya sentiasa mengingati anda. Mana boleh saya lupa, saya sentiasa menghargai detik-detik itu. Kita mungkin tidak mempunyai sahabat sejati tetapi sudah cukup baik, setiap orang menghargai persahabatan ini.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru saya atas pendidikan dan bimbingan yang diberikan kepada saya," titah baginda.

Sultan Abdullah bertitah bahawa walaupun mengalas tanggungjawab baharu, baginda masih orang yang sama dan tidak pernah melupakan nasib rakyat, terutama golongan yang memerlukan dan akan sedaya upaya cuba untuk membantu mereka. -Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved