OpenSignal : Kelajuan Internet Selular Malaysia Kekal Antara Paling Perlahan Di Dunia

30 May 2019 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini rangkaian 5G mula dilancarkan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu, OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerusi capaian Internet selular di 87 negara utama dunia,.

Kita mulakan dengan berita baik terlebih dahulu. Malaysia kini di tangga ke-42 dalam senarai kelajuan muat turun berbanding tangga ke-54 pada Oktober tahun lalu. Kelajuan muat turun purata di Malaysia ialah 11.5 Mbps berbanding 10.21 Mbps sebelum ini. Dari segi kelajuan muat turun pula, Malaysia di tangga ke-56 dengan kelajuan purata 4.6 Mbps.

image is not available
Korea Selatan masih kekal di tangga teratas dengan kelajuan muat turun purata 52.4 Mbps diikuti oleh Norway (48.2 Mbps), Kanada (42.5 Mbps), Belanda (42.4 Mbps) dan Singapura (39.3 Mbps).

Untuk rantau Asia Tenggara, Myanmar (16.0 Mbps)  ialah negara kedua terpantas diikuti oleh Vietnam (14.1 Mbps), Malaysia (11.5 Mbps), Filipina (7.0 Mbps), Indonesia (6.9 Mbps), Thailand (5.7 Mbps) dan Kemboja (5.6 Mbps).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved