Seorang pelajar maut, 4 parah nahas bas

23 May 2019 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JELEBU - Seorang maut, empat cedera parah manakala 22 lagi dilaporkan cedera, dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta di Jalan Kuala Kelawang - Seremban dekat Bukit Tangga petang ini.

Difahamkan, mangsa yang maut merupakan pelajar lelaki Kolej Vokasional Kuala Klawang berusia 17 tahun berasal dari Selangor yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester pagi tadi.

Sumber Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat memberitahu, bas tersebut membawa seramai 27 penumpang termasuk pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang semasa kejadian.

"Bas itu dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok lalu terbalik berdasarkan keadaan di lokasi kejadian, bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar.

"Kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 4.15 petang dan melihat beberapa pelajar terbaring di atas jalan raya.

"Seorang tersepit dan dipercayai telah meninggal dunia, manakala empat lain cedera parah," katanya

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved