OnePlus 7 Pro Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi – Harga Bermula Dari RM2999

21 May 2019 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri OnePlus 7 sudah pun dilancarkan secara global pada 15 Mei lepas. Terdapat tiga peranti yang dilancarkan, iaitu OnePlus 7, OnePlus Plus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G. Fokus utama OnePlus adalah OnePlus 7 Pro, kerana peranti inilah yang paling menarik perhatian ramai dan pada pendapat peribadi antara spesifikasi paling hebat yang pernah OnePlus sertakan pada peranti mereka.

image is not available

OnePlus 7 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci QHD+ 90Hz panel Fluid AMOLED, bateri 4000mAH dan dijana Snapdragon 855. Untuk memori pula terdapat pilihan RAM 6/8/12 GB dan storan dalaman 128/256 GB. Rekaan hadapan kelihatan sangat seksi yang mirip  Oppo Find X. Ia hampir nirbingkai penuh dengan dagu yang agak nipis jika dibandingkan dengan peranti mercu Android lain. Hari ini, akhirnya peranti ini dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

image is not available

Ketiga-tiga variasi diperkenalkan dengan pilihan warna Mirror Grey dan Nebula Blue. Harga yang dijual RM2999 untuk 6/128 GB, RM3699 8/256 GB dan untuk variasi 12/256 GB ia dijual pada harga RM4199 . Tidak dinafikan ini adalah harga yang paling mahal buat peranti OnePlus di Malaysia. Tetapi perlu ingat juga yang ini adalah versi ‘Pro’ dengan spesifikasi yang tinggi.

image is not available

Jika anda tertanya-tanya, kenapa harganya tinggi seakan peranti mercu lain – tetapi tidak mempunyai kalis air dan sokongan pengecasan nirwayar? Ini kerana ketahanan peranti ini sudah cukup hebat untuk digunakan pada apa jua keadaan, seperti dalam hujan atau terjatuh dalam air. Kemudian Warp Charge 30 sudah cukup pantas dan pengecasan nirwayar tidak sepantas Warp Charge 30.

image is not available

OnePlus 7 Pro diedarkan oleh XianFeng Technology dan akan dijual tidak lama lagi melalui Shopee dengan harga diskaun dan hadiah percuma dan melalui peniaga-peniaga yang sah berdaftar.