Pemandu lori acu parang pada polis ditahan

20 Dec 2019 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LUMUT - Seorang pemandu lori ditahan selepas cuba melarikan diri dan mengacukan parang kepada polis yang mengejarnya kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri besi di sebuah kedai makan di Seri Manjung, Manjung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian pada 5 pagi itu, suspek yang berumur lingkungan 40-an, memandu lori berseorangan, lebih tiga kilometer dari Seri Manjung hingga ke Sitiawan melarikan diri daripada ditahan polis.

Nor Omar berkata, namun anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bertindak mengejar suspek hingga ke Sitiawan dan berjaya menghentikan kenderaan berkenaan.

"Semasa membuat tangkapan suspek telah mengacukan sebilah parang ke arah polis dan pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek.

"Polis turut merampas parang berkenaan dan lori yang dipandu suspek dibawa ke IPD Manjung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nor Omar berkata, hasil ujian awal saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan suspek direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 dan 506 Kanun Keseksaan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved