60 lagi kematian di Indonesia dalam tempoh 24 jam

14 Apr 2020 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Sebanyak 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat koronavirus (Covid-19) dicatatkan di Indonesia, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lalu.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 459 kes.

Sebanyak 37 daripada 60 kematian dalam tempoh 24 jam itu berlaku di Jakarta.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 241 kes, diikuti Jawa Barat (52 kes), Jawa Timur (41) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

"Bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 282 kes baharu, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 4,839," katanya. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved