Koronavirus: Angka korban di China meningkat kepada 131

29 Jan 2020 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING -Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 131 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Setakat semalam, pihak berkuasa China mengesahkan jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,300 kes.

Dalam pada itu, dua lagi negara masing-masing mempunyai satu kes positif koronavirus iaitu di Sri Lanka dan Jerman.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 92 kes.

Di China, beberapa syarikat ternama mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau 'tutup kedai' sementara bagi mengurangkan bahaya penularan koronavirus yang sedang melanda.

Pelbagai acara yang sudah diatur, apabila satu negara China pulang semula setelah selesai lebih seminggu bercuti menyambut tahun baharu, turut dibatal.

Kerajaan China sendiri mengambil keputusan memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang ditambah tiga hari hingga ke 2 Februari.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved