PA desak Israel benarkan pilihan raya di Baitulmaqdis Timur

27 Dec 2019 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAMALLAH - Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan terus bekerjasama dengan pihak antarabangsa untuk mendesak Israel membenarkan Pilihan Raya Palestin di Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita Xinhua.

Nabil Abu Rdieneh, salah seorang penasihat kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan rasmi berkata, tekanan terhadap Israel akan diteruskan sehingga ia menerima penyertaan rakyat Palestin dalam pilihan raya di Baitulmaqdis.

"Presiden Mahmoud Abbas dan kepemimpinan Palestin bertegas bahawa tidak ada pilihan raya tanpa pelaksanaan pilihan raya di Baitulmaqdis Timur, tidak kira apa juga tekanan yang akan berlaku di pihak Palestin," kata Abu Rdeineh.

Beliau mengkritik gesaan Pergerakan Hamas yang sebelum ini mendesak Abbas mengeluarkan dekri presiden bagi menetapkan tarikh pilihan raya sebelum mendapat kebenaran Israel bagi membenarkan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur menyertai pengundian itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved