Latheefa perlu beri penjelasan, kata Anwar

11 Jan 2020 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya perlu memberikan penjelasan berhubung pendedahan rakaman audio perbualan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa individu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana wujud kebimbangan mengenai kerahsiaan, individu ternama dan perbualan peribadi suami isteri.

"Hujah bahawa menegakkan keadilan, fakta dan maklumat itu perlu dirujuk ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan di International Islamic University Malaysia di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Tindakan undang-undang terhadap Latheefa, SPRM

Rabu lalu, pada sidang media khas, Latheefa mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa sebagai jenayah peringkat tertinggi.

Namun begitu tindakan tersebut mendapat kritikan pelbagai pihak di negara ini terutama peguam yang mendakwa Latheefa tidak menghormati Perlembagaan dan mendahului polis.

Dedah rakaman audio: SPRM boleh hilang wibawa

Ditanya pandangan adakah pendedahan tersebut bakal mengganggu proses di mahkamah, Anwar berkata, bukti tersebut wajar diserahkan kepada polis dan dirujuk kepada mahkamah.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved