Realme 6i telah dilancarkan secara rasmi semalam di Myanmar seminggu selepas pelancaran Realme 6 dan 6 pro di India. Ia adalah peranti pertama yang menggunakan cip MediaTek Helio G80 yang dilihat setanding dengan cip Snapdragon 670

Peranti turut dilengkapi pengimbas cap jari pada panel belakang dan bicu audio 3.5,mm pada bahagian bawah. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 10 dengan pelancar realme UI. Di Myanmanr Realme 6i ditawarkan pada harga bermula dari Ks 249,900 (~RM762) dalam pilihan warna Milk White dan Green Tea,

