Tabung CovidSinar rayu kerjasama pengeluar, pembekal

26 Mar 2020 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM – Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) mengharapkan pihak pengeluar dan juga pembekal barangan keperluan petugas kesihatan dapat terus memberikan kerjasama dalam membantu menyediakan peralatan diperlukan.

Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry berkata, sehingga kini pihaknya masih memerlukan tiga keperluan penting iaitu Personal Protective Equipment (PPE), ‘boots cover’ dan juga ‘infrared thermometer’ bagi memastikan petugas kesihatan dapat melakukan kerja saringan wabak koronavirus (Covid-19) dengan selamat.

“Buat masa ini kami telah menerima sebanyak 1,000 PPE dan ‘hand sanitizer’. Bagaimanapun, jumlahnya masih belum mencukupi terutamanya untuk diagihkan di klinik kesihatan yang berada di zon merah.

“Jadi kami mengharapkan pengeluar dan pembekal dapat terus memberi kerjasama bagi memastikan keperluan itu dapat disalurkan dengan segera kepada klinik kesihatan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sabtu lalu, Sinar Harian mengaktifkan CovidSinar bagi membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Jumlah kutipan Tabung CovidSinar sehingga jam 9.30 malam tadi adalah sebanyak RM321,079.95 #sinaruntukfrontlinerscovid, #rakyatbanturakyat, #kitalahmalaysia.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 016-6680920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved