Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

2 Jun 2019 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 10.30 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

"Trafik hanya perlahan enam kilometer sebelum masuk ke Terowong Genting Sempah hala timur,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved