Facebook mula menentang penularan maklumat palsu dan anti vaksni tahun ini secara serius. Semakan fakta palsu telahpun diaktifkan kepada pengguna di Malaysia sejak seminggu lalu. Sasaran seterusnya oleh Facebook ialah memerangi status yang mempunyai kandungan tuntutan kesihatan yang melampau.

Facebook akan merendahkan kedudukan status yang didapati melakukan tuntutan kesihatan melampau. Ia tidak akan lagi dipaparkan pada bahagian atas susur masa dengan tahap kepentingan yang direndahkan di dalam sistem Facebook. Dengan ini kebebasan bersuara pengguna Facebook masih dibenarkan tetapi penyebaran status yang tidak berasas sains seperti ini akan dapat dikurangkan.
