Kos Menggantikan Skrin Huawei Mate X Adalah Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 11

TechnologyDigital
21 Nov 2019 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Mate X mula dijual di China pada 15 November lalu. Dalam masa beberapa minit sahaja, kesemua unit yang ditawarkan telah habis dijual walau harga jualan RMB 1699 (~RM 10,077) sebuah. Selepas seminggu dijual, Huawei telah mengeluarkan senarai kos menggantikan komponen peranti sekiranya ia mengalami kerosakan. Sedikit mengejutkan kos menggantikan skrin boleh lipat Mate X adalah lebih mahal berbanding sebuah iPhone 11 dengan storan 256GB.

image is not available
Huawei mengenakan caj RMB 7080 (~RM4197) untuk skrin baharu. Di Malaysia iPhone 11 dengan storan 256GB dijual pada harga RM4099 sebuah. Ini jiga adalah jauh lebih mahal berbanding kos menggantikan skrin Galaxy Fold iaitu RM2540 sekeping. Selain itu kos kedua termahal ialah menggantikan papan induk iaitu RMB 2579 (~RM1470) dan menggantikan kamera pula ialah RMB 698 (~RM 414). Buat masa ini Mate X hanya ditawarkan di China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved