Kemasukan penuntut asing ditangguh hingga 31 Disember ini

4 Oct 2020 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Semua kemasukan penuntut asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen ditangguhkan hingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan itu selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

"Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT sudah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, KPT dilaporkan meminta semua IPT menangguh pendaftaran baharu serta pengajian secara fizikal dan bersemuka penuntut masing-masing susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved