India lanjut 'lockdown' hingga 3 Mei

14 Apr 2020 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

NEW DELHI- India melanjutkan perintah lockdown di seluruh negara untuk membendung wabak koronavirus (Covid-19), sehingga 3 Mei, berikutan jumlah jangkitan sudah melebihi 10,000 orang, bermula hari ini.

Perdana Menteri, Narendra Modi berkata, langkah itu perlu diambil untuk memastikan pandemik tidak menular ke kawasan baharu dan menggesa orang ramai terus disiplin sepanjang tempoh perintah berkurung bagi memastikan 1.3 bilion orang duduk di rumah.

Sebelum ini, tempoh perintah berkurung dikuat kuasa selama 21 hari bermula 25 Mac, dan banyak negeri menyokong langkah itu diteruskan.

"Keputusan telah diambil supaya perintah berkurung di India dilanjutkan sehingga 3 Mei," kata Modi dalam ucapannya yang disiarkan televisyen.

"Walau apa cara sekali pun kita tidak boleh membiarkan wabak menular ke kawasan baharu," katanya.

Beberapa sekatan mungkin boleh dilonggarkan selepas 20 April di tempat yang berjaya mengekang penularan penyakit itu, kata Perdana Menteri.

Kes positif terbaharu di India dilaporkan kira-kira 10,400 dan jumlah kematian seramai 358 orang.-Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved