Maut di set penggambaran

20 Jan 2020 • 9:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MEXICO CITY - Malang menimpa dua pelakon di Mexico apabila mereka terbunuh selepas terjatuh dari sebuah jambatan di set penggambaran siri telenovela popular, Sin Miedo a la Verdad.

Perkara itu diumumkan rangkaian televisyen Televisa Jumaat lalu.

Televisa dalam satu kenyataan berkata, Jorge Navarro Sanchez dan Luis Gerardo Rivera sedang berlatih salah satu babak dalam telenovela itu pada Khamis.

Sementara itu, penerbit telenovela tersebut sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tetapi enggan mendedahkan lokasi sebenar kejadian.

Sanchez dan Rivera terlibat dengan penggambaran musim ketiga Sin Miedo a la Verdad atau 'Tidak Takut Kepada Kebenaran'.

Telenovela yang mula ditayangkan pada 2018 itu dibintangi aktor, Alex Perea, menceritakan kisah seorang penggodam muda yang membantu mangsa jenayah dan buli siber serta membongkar aktiviti rasuah. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved