Selain Honor 30s, Honor Play 9A turut dilancarkan serentak dan ia adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilegjkapi skrin 6.3″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 128GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB.

Bateri sebesar 5000 mAh yang disertakan menyokong pengecasan 10W sahaja menerusi port mikroUSB. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang dan bicu audio 3,5mm. Melengkapi spesifikasi peranti ialah penggunaan sistem operasi Android 10 dengan pelancar Magic UI 3.0.1. Di China Honor Play 9A ditawarkan pada harga bermula dari RMB 900 (~RM 549) sebuah.
